HALAQAH4LADIES CAMERON HIGHLAND
Kadang-kadang yang penat bukan tubuh tetapi hati.
Hati yang terlalu lama memendam.
Hati yang terlalu kuat untuk semua orang.
Hingga akhirnya terlupa bahawa kita juga berhak untuk berehat…bersama Allah SWT.
Halaqah4Ladies hadir sebagai ruang untuk wanita kembali mengisi jiwa, memperbaharui hubungan dengan Allah dan mencari ketenangan dalam suasana penuh kasih sayang sesama wanita.
Istimewa kali ini, Halaqah4Ladies dibawakan dengan kerjasama PUSPANITA Cameron Highlands, menghimpunkan para wanita dalam satu majlis ilmu yang penuh dengan kasih sayang, inspirasi dan ukhwah.
Halaqah4ladies Edisi Istimewa kali ini:-
✨ “Ketika Hati Ingin Berehat”
Sepanjang program ini, para peserta akan menikmati:
Pengisian rohani yang menyentuh hati dan menguatkan hubungan dengan Allah.
✨ Ruang untuk berehat dan muhasabah diri
✨ Ceramah yang memberi inspirasi
✨ Free gift eksklusif untuk setiap peserta
✨Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan
✨Booth Jualan pelbagai produk muslimah
Luangkan beberapa jam untuk diri sendiri. Moga ia menjadi titik mula untuk hati yang lebih tenang, jiwa yang lebih kuat dan langkah yang lebih dekat kepada Allah SWT
Antara tajuk yang bakal dikongsikan oleh para penceramah:
1. Sebelum Burnout
2. Lets Start Over
